Mengasuh anak tanpa keganasan

Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak menyatakan bahawa semua kanak-kanak berhak tinggal di rumah yang selamat.

Keganasan fizikal

Sebarang jenis sentuhan fizikal yang menyakitkan ataupun yang menghalang pergerakan.

Keganasan psikologi

Kata-kata, isyarat badan atau suara yang tinggi untuk mengganggu, mengugut atau menguasai kehidupan orang lain.

Keganasan secara tidak langsung

Keganasan terhadap orang lain, sama ada kanak-kanak ataupun orang dewasa, yang rapat hubungannya dengan kanak-kanak itu.

Penderaan dan keganasan seksual

Semua bentuk perbuatan berunsur seks, seperti didesak, dipaksa atau diugut melakukan sesuatu tanpa rela hati.

Kesan keganasan

Keganasan boleh meninggalkan kesan fizikal dan psikologi yang memudaratkan serta gangguan emosi dan jiwa yang berpanjangan terhadap mangsanya.

Mengasuh anak

Kanak-kanak belajar dengan paling berkesan melalui pujian dan galakan, dan ini dapat menimbulkan sikap kerjasama dalam keluarga.

Cara mendapatkan bantuan:

Anda perlu bercakap dengan seseorang atau anda mahukan maklumat tentang cara mendapatkan bantuan?