Kanak-kanak ialah penyeri hidup
kita. Sebagai ibu bapa, kita melakukan segala yang mampu untuk membesarkan
mereka agar menjadi orang dewasa yang yakin dan berjaya. Ada kalanya, kita
merasakan seolah-olah kekerasan fizikal, emosi atau mental sahajalah
satu-satunya cara yang boleh kita gunakan untuk mendidik anak, tetapi kita
sebenarnya tidak sedar betapa besar kesan kerosakannya dan betapa menakutkan
pengalaman ini bagi anak-anak kita. Hukuman fizikal sebenarnya menyalahi
undang-undang di Norway. Kekerasan boleh menjadi kaedah asuhan anak yang berulang-ulang
Tetapi ada caranya melepaskan diri daripada kitaran kejam ini.
Scroll nedover
Mengasuh anak tanpa keganasan
Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak menyatakan bahawa semua kanak-kanak berhak tinggal di rumah yang selamat.
Keganasan fizikal
Sebarang jenis sentuhan fizikal yang menyakitkan ataupun yang menghalang pergerakan.
Keganasan psikologi
Kata-kata, isyarat badan atau suara yang tinggi untuk mengganggu, mengugut atau menguasai kehidupan orang lain.
Keganasan secara tidak langsung
Keganasan terhadap orang lain, sama ada kanak-kanak ataupun orang dewasa, yang rapat hubungannya dengan kanak-kanak itu.
Penderaan dan keganasan seksual
Semua bentuk perbuatan berunsur seks, seperti didesak, dipaksa atau diugut melakukan sesuatu tanpa rela hati.
Kesan keganasan
Keganasan boleh meninggalkan kesan fizikal dan psikologi yang memudaratkan serta gangguan emosi dan jiwa yang berpanjangan terhadap mangsanya.
Mengasuh anak
Kanak-kanak belajar dengan paling berkesan melalui pujian dan galakan, dan ini dapat menimbulkan sikap kerjasama dalam keluarga.
Cara mendapatkan bantuan:
Anda perlu bercakap dengan seseorang atau anda mahukan maklumat tentang cara mendapatkan bantuan?